Followers

Friday, August 31, 2012

Segmen "HanifIdrus Segmen Menerjah"

Klik banner (gambar) untuk join!


Tujuan segmen ini :  Menambah rakan/follower dan meningkatkan traffik ke blog kita!

Kena tag 2 rakan :


Tuesday, August 28, 2012

Aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem hutan

Dalam mengejar pembangunan fizikal dan kemajuan negara, sedikit sebanyak telah membawa kesan negatif terhadap ekosistem hutan. Antara aktiviti manusia yang boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem hutan ialah :

~ kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tidak terkawal
~ kegiatan pertanian/ pertanian pindah
~ pembinaan jalan raya / pengangkutan
~ pembinaan petempatan
~ kegiatan pelancongan
~ kegiatan perlombongan
~ pembinaan empangan yang menyebabkan hutan ditenggelamkan dan haiwan terpaksa dipindahkan
~ kebakaran hutan

Kebanyakan aktiviti manusia ini telah membawa kesan terhadap alam sekitar. Oleh itu, setiap pembangunan yang dirancang mestilah bercorak lestari supaya alam sekitar terpelihara.

Saturday, August 25, 2012

Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri?

Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri?

Bagaimana Bintang Bollywood meraikan Aidilfitri?

 Semuanya berhariraya di lokasi penggambaran samada di dalam negeri (India) atau di luar negara!
Nak tahu lebih lanjut klik tajuk post ini atau klik link di bawah...

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12686&c=1&s=2

Thursday, August 23, 2012

Kawasan Kajian : Indera Mahkota, Kuantan

Bandar Indera Mahkota merupakan kawasan perbandaran yang pesat berkembang di Kuantan, Pahang, Malaysia. Perbandaran ini telah dibuka pada tahun 1983. Dahulunya, petempatan ini dikenali sebagai Atabara (sebelum petempatan ini dibangunkan) dan kini ia merupakan kawasan kediaman yang maju. Poskodnya ialah 25200.


Bandar Indera Mahkota terletak kira-kira 4 kilometer timur laut dari Bandar Kuantan. Ia adalah berhampiran bandar lama Sungai Lembing yang dahulunya terkenal untuk aktiviti perlombongan. Bandar Indera Mahkota merupakan laluan utama bagi pengguna jalan raya dari Kuantan memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Interchange Kuantan. Bandar Indera Mahkota juga menjadi laluan utama ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan Gambang Water World Resort melalui Lebuhraya bypass Kuantan.

Untuk keterangan lanjut, sila ke link berikut:

wikipedia the free encyclopedia 

Tuesday, August 14, 2012

Kepentingan tumbuh-tumbuhan terhadap alam sekitar dan manusia

Kegiatan pembalakan yang berleluasa, pembangunan petempatan dan pembinaan insfrastruktur telah menyebabkan khazanah alam iaitu hutan diancam kepupusan. Ramai yang tidak menyedari, hutan amat penting kepada alam sekitar dan hidupan termasuklah manusia. Antara kepentingan hutan ialah :

~membekalkan oksigen
~menyerap gas karbon dioksida
~menyederhanakan suhu bumi
~mengelakkan kejadian tanah runtuh/hakisan tanah
~menyediakan kawasan tadahan air
~habitat haiwan dan manusia
~membekalkan sumber makanan
~membekalkan nutrien kepada tanah
~sumber kayu balak
~menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang pembalakan/perhutanan

Memandangkan sumbangan hutan yang besar ini, sepatutnyalah hutan dipelihara dengan baik. Sama-samalah kita menjaga khazanah alam yang tidak ternilai ini.

Sunday, August 12, 2012

BE lagi!


Alhamdulillah sehingga kini...
Ada saja BE dari pihak nuffnang..
Yang terbaru ialah the expendables 2 (gambar)
filem yang akan ditayangkan di pawagam pada
16 Ogos ini....

Nak tahu lebih lanjut tentang filem ini
jangan segan-segan klik iklan ini
yang tertera di dalam blog ini
iaitu di bawah post ini!



Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Indera Mahkota

Antara langkah-langkahnya ialah:

1. Kempen ~ Bahayanya pendedahan kepada sinar ultra ungu akibat penipisan lapisan ozon boleh didedahkan kepada orang ramai melalui kempen yang disiarkan dalam television atau radio. Penduduk digalakkan menggunakan kipas angin berbanding memasang alat penghawa dingin di kediaman mereka.

2. Lampu isyarat dan zebra crossing ~ Pembinaan lampu isyarat dan zebra crossing di hadapan sekolah dan jalan raya utama berjaya mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan juga risiko kemalangan.

3. Petrol tanpa plumbum ~ Bagi mengatasi pencemaran udara dan jerebu, penduduk digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum  seperti Ron 95 atau Ron 97.

4. Peranan KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) ~ Tindakan sukarelawan KRT yang terdiri daripada penghuni kawasan perumahan meronda lorong-lorong perumahan pada waktu malam berjaya mengawal kejadian pecah rumah dan kecurian kereta di kawasan ini.

Sikap bekerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk Indera Mahkota, telah menjamin kesejahteraan penduduk di sini.  

Masalah petempatan di Indera Mahkota.

Indera Mahkota merupakan kawasan petempatan baru yang pesat membangun. Dalam proses pembangunannya, terdapat beberapa masalah yang diwujudkan. Antaranya

1.Penipisan lapisan ozon ~ Boleh dikatakan hampir 80% kawasan perumahan di Indera Mahkota dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan peti sejuk yang menjadi punca penipisan lapisan ozon.

2. Jenayah ~ Kadar jenayah semakin meningkat di Indera Mahkota. Penduduk di sini tidak lagi meletak kereta di tepi jalan raya di luar pagar rumah kerana kes kecurian kereta amat kerap berlaku. Kejadian pecah rumah juga semakin kerap berlaku. Difahamkan kadar jenayah semakin meningkat ekoran kemasukan pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia yang bekerja di stesyen minyak atau kawasan pembinaan di sini.

3. Kesesakan lalu lintas ~ Sering berlaku di awal pagi (7.30 pagi) dan waktu petang (3.30 petang) ketika pelajar mulai memasuki kawasan sekolah dan pulang dari sekolah. Ini kerana sekolah di Indera Mahkota terletak di jalan raya yang menjadi laluan utama ke bandar.

4. Pencemaran udara ~ Kenderaan yang banyak di waktu pagi menyebabkan berlakunya pencemaran udara apabila berlakunya pembebasan asap hitam bersama-sama gas karbon monoksida. Jerebu sering berlaku sehingga mengganggu penglihatan pemandu. Akibatnya sering juga berlaku kemalangan jalan raya.

5. Kepupusan flora dan fauna ~ Pembinaan kawasan perumahan, pejabat kerajaan dan pusat pendidikan menyebabkan banyak kawasan hutan ditebang. Justeru itu, haiwan seperti kera telah hilang habitatnya. Haiwan ini berkeliaran di kawasan perumahan dan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan. 

Memandangkan masalah ini, kita sebagai salah seorang penghuni di sini, sepatutnya mengambil peranan berganding bahu menangani masalah ini bersama-sama. Muafakat membawa berkat!

Saturday, August 11, 2012

Bunga Kaktus

Sungguh tak sangka pokok kaktus yang dihadiahkan seorang kawan pada tahun lepas sempena sambutan hari guru telah berbunga...

Namun ini adalah gambar bunga kaktus yang lain...cantik kan.

Kacang botol goreng ikan masin

Hari ini si ira menolongku di dapur. Inilah masakan sayur yang ira buat. Mudah saja..

Tumis bawang putih + bawang besar hingga garing. Masukkan ikan masin + cili padi + sayur. Tumis lagi sambil masukkan 2 sudu kecil sos ikan + gula. Angkat dan hidangkan.

Ketentuan yang dijanjikan

Pada 8 ogos 2012 bersamaan 19 ramadhan 1433, bapa mertuaku yang telah lama mengidap penyakit atritis kembali ke rahmatullah.
Kepergiannya membawa segala penderitaan yang ditanggungnya selama hampir 10 tahun terlantar di katil.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertaqwa...alfatihah.

Sunday, August 5, 2012

Istana Jahar

Istana Jahar merupakan salah satu tarikan pelancong ke Kota Bharu, Kelantan. Semasa bertandang ke sana semasa cuti sekolah baru-baru ni, kami sempat ke istana ini.

Untuk memasuki istana ini dikenakan bayaran. Binaan istana jahar ini dipenuhi ukiran yang melambangkan seni ukiran warisan budaya negeri kelantan.

Jadi jika bertandang ke K.B tu jangan lupa untuk singgah di Istana Jahar ini.

Friday, August 3, 2012

Kacang buncis goreng sos tiram


Biasanya masak kacang buncis goreng telur. Tapi kali ini, ubah selera masak kacang buncis dengan sos tiram.
Nak menyedapkan rasa, tambahkan fish ball yang telah dipotong nipis-nipis. Memang sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan lauk lain seperti kerutuk ayam.. nak dapatkan resipi kerutuk ayam sila klik sini
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...